Friday, November 4, 2011

  Assalamualaikum and hi to all.
 Sudah terlalu lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana tuntutan kerjaya. Alhamdulillah, sekarang baru ada masa terluang untuk menulis. Kali ini mari kita sama-sama renungkan hadis ini. Jom kita baca!!!  
Ketika berwasiat kepada 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Rasulullah SAW bersabda : "Wahai 'Ali, orang yang riya' itu punya tiga ciri, yaitu :
1. Rajin beribadah ketika dilihat orang,
2. Malas ketika sendirian dan
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.
 

Wahai 'Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo'alah : 
" Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan siksaan bagiku..."(¯`•.¸ღ ღ¸.•´¯)



Sama-sama kita berdoa pada ALLAH agar dijauhkan dari sifat riya' dan takbur. Tidak dinafikan bahawa manusia sangat lemah dan selalu melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan itu boleh dibetulkan dengan belajar dan bermuhasabah. 

Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat. :-D
 










Thursday, January 13, 2011

Di Kejutkan Oleh Syaitan

Assalamualaikm wbt dan salam sejahtera semua. 

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Tambahan pula akhir - akhir ni terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kali ini ada satu cerita yang saya kira amat menarik untuk dikongsi bersama. Semoga berguna untuk kita semua, Insyaallah. 

Peristiwa ini telah dialami oleh Syeikh Abduk Kadir Al - Jailani seorang yang sangat alim. Pada suatu hari beliau tidur akibat  terlalu letih dan penat. Syeikh Abdul Qadir hampir terlewat bangun dan pada masa itu waktu subuh sudah hampir tiba. 

Apabila syaitan melihat keadaan itu syaitan telah menyamar sebagai seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir lalu beliau terbangun dari tidurnya. Pada masa itu waktu subuh baru sahaja masuk dan melalui pandangan mata hatinya Syeikh Abdul Qadir dapat melihat syaitan yang berupa kucing itu.

Beliau bertanya kepada syaitan "Menagapakah kamu mengejutkan aku untuk solat subuh, padahal engkau sangat membenci orang yang solat" Jawab syaitan "Aku bimbang jika engaku terlewat untuk solat subuh" Jawab syaitan. 

Syeikh Abdul Qadir kehairanan dengan jawapan seumpama itu dan beliau bertanya kenapa dan dengan terpaksanya syaitan menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan ALLAH. Dan Syaitan berkata lagi "Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan - amalan lain yang berkali ganda dan lebih serius".

Tambahnya lagi "Kau akan bersedekah, Kau akan membantu orang lain, Kau akan mengajar lebih lama Kau akan membaca Al - Quran untuk menampung kesalahan kamu yang sedikit. Dengan itu nanti, kami semua (syaitan-syaitan) akan lebih susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan lebih sukar. 


 Oleh itu lebih baik kamu Solat Subuh tepat pada waktunya kerana kami tidak akan terpaksa bersusah payah dan menghadapi tugas yang banyak untuk menyekat amalan - amalan baikmu itu nanti". 
Pengajaran dari kisah ini adalah, begitulah perangai syaitan dalam menyesatkan manusia. Mereka sangat kreatif dan innovatif untuk melalaikan manusia. Dia bukan sahaja arif dalam amalan baik dan jahat tetapi sangat arif juga tetang keutamaan amal. 
Oleh itu marilah kita sama - sama memerangi syaitan dan meningkatkan kualiti amal ibadat kita semua. Semoga bermanfaat. 

~ papai ~ :-)