Tuesday, August 10, 2010

Tazkirah Ramadhan


 Assalamualaikum wbt and Hi to all!!!!........
Bulan Ramadhan datnag lagi dan syukur Alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan dengan Ramadhan ini. Bersempena dengan bulan yang penuh keberktan ini marilah kita sama-sama merenungi sedikit perkara yang Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Sebelum itu kita hayati cerita dibawah ini terlebih dahulu.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." 

 Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam  semua hari .

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

~Chow~




Di Penjara 3 tahun Lebih Lama Kerana Tersilap Taip

Assalamualaikum wbt and hi to all!!!!.........

Seorang banduan warga Thailand terpaksa meringkuk dalam penjara lebih lama dari hukuman yang sepatutnya. Kejadian ini berpunca dari kesilapan seorang jurutaip didalam kertas penghakiman di Jakarta, Indonesia kerana dia ditahan di negara ini.

Kamjai Khong Thavorn 53, mengikut penghakiman, dia sepatutnya dibebaskan pada tahun 2007 selepas menjalani hukuman penjara 20 tahun atas keasalahan Heroin. Tetapi, dia ditahan lebih lama kerana kecuaian seorang kerani yang mencatat tahun penahananya pada tahun 1997 padahal yang sepatutnya adalah pada tahun 1987. Disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan ini dia ditahan melebihi masa yang sepatutnya.

Kamjai menyatakan kesalahan itu ketika dia bertemu Menteri Keadilan yang secara kebetulannya melawat penjara di Jawa Tengah. 


Selepas pihak penjara menyedari kesilapan itu mereka membebaskanya tanpa syarat. Kemudianya dia dibawa ke Kedutaan Thailand di Jakarta. 

Pengajaranya, berhati-hati dan lakukan "double checking" dalam semua pekerjaan kita untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan memberi kesan yang buruk di masa akan datang. Jangan disebabkan oleh satu kesilapan, kita menyesal untuk selama-lamanya. 

~Chow~



































Thursday, July 29, 2010

Remaja Melayu Paling Ramai Tengok Gambar Porno

Apabila menyebut tentang "Cyber Cafe, Internet Cafe" dan macam-macam nama lagi, kita sedia maklum tentang fungsinya kan. Tidak dinafikan semua premis Internat Cafe ni mendapat sambutan hangat terutamanya golongan remaja dan tidak ketinggalan juga adik-adik yang masih bersekolah rendah.

Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan bahawa remaja melayu paling ramai tengok gambar porno di internet. Kajian ini dijalankan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Kajian itu juga membuktikan bahawa remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah bebanding dengan kaum lain. Faktor inilah yang mendorong mereka terlibat dalam kancah maksiat seperti seks bebas dan beberapa gejala sosial yang lain. 

Kajian ini telah dijalankan oleh Institut pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Daripada kajian ini mereka mendapati sebayak 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah ataupun di "Cybercafe".  

Dapatan kajian juga menunjukan 15 peratus remaja Melayu suka melepak, 13.7 peratus merokok, dan 11.5 peratus lagi ponteng sekolah dan memaki hamun. Menurut Pengarah IPSAS dan Ketua Penyelidikan ini menyatakan masalah ini berpunca dari bahan-bahan pornografi terlalu mudah untuk diakses dan dibeli melalui internet. 

Mereka juga menemubual ibu bapa berhubung masalah ini tetapi hasilnya amat mendukacitakan kerana mereka tidak mengakui kesilapan yang dilakukakan anak masing-masing. Tetapi si anak mengakui kesalahan salah laku yang mereka lakukan ketika disoal selidik.   

Jika suatu ketika dahulu remaja kita mendominasi kegiatan ponteng sekolah tetapi sekarang apabila ditemubual oleh para penyelidik mereka mengakui lebih suka malihat pornografi dan mengunjungi
"Cybercafe".

Lihatlah remaja Melayu hari ini, banyak terjebak dalam gejala sosial yang entah bila akan berakhir. Diharapkan kepada pihak berwajib agar menyekat bahan-bahan ini dari terus tersebar. Gunakanlah teknologi hari ini untuk kebaikan bukan keburukan. Gunalah akal fikiran yang telah dianugerahkan sebaik-baiknya. Tepuk dada tanyalah iman. 
~babai~












Wednesday, July 7, 2010

Wasiat Nabi Adam Kepada Puteranya

 Assalamualaikum and Hi to all!!!
Kali ni saya cuba berkongsi sedikit ilmu tentang wasiat Nabi Adam kepada Puteranya. Ada 5 perkara yang telah diwasiatkan oleh Nabi Adam kepada Puteranya dan seterusnya kepada manusia seluruhnya. 

 
1. Katakan kepada putera - puteramu jangan kamu berasa tenang dengan dunia ini, kerana ketika saya berasa tenang denagan syurga ALLAH, maka ALLAH tidak reda mengusir saya daripadanya.  

2. Katakan kepada mereka: jangan menurutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuruti hawa nafsu wanita sehingga makan buah daripada pohon yang dilarang dan kemudian menyesal.

3. Tiap amal yang hendakn dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab seandainya saya memikirkan akibatnya maka saya tidak akan menerima akibat ini (Keluar dari syurga)

4. Jika hati tidak tenang, hindarkanlah perbuatan itu, sebab ketika aku akan memakan buah larangan itu, goncang hatiku, tetapi tidak aku hiraukan, maka aku menyesal. 

5. Bermusyawarahlah (berbincang) dalam semua urusan, sebab seandainya aku bermusyawarah dengan malaikat (pada ketika itu) aku tidak akan terkena akibat ini. 

Daripada wasiat ini, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dengan apa saja yang hendak kita lakukan. Bukan hanya mengikut tanpa ilmu. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja, tetapi haruslah berlandaskan ilmu pengetahuan bukan hanya mengikut kehendak hati semata-mata. Tepuk dada tanyalah iman.
~Chow~

Rupa Dan Nama

Assalamualaikum w.b.t and Hi to all
Adakah anda pernah mendengar nama NUH. Dikalangan Nabi - nabi pun ada yang bernama NUH. Tapi tahukah anda apakah maksud sebenar perkataan NUH itu? Nabi ALLAH NUH a.s mempunyai nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun ALLAH menyebut sebagai NUH didalam Al-Quran.

Persoalanya, mengapa Nabi ALLAH itu dipanggil NUH? Sebenarnya nama NUH itu membawa maksud "Raungan / Tangisan yang berterusan". Ianya mempunyai yang boleh menjadi pengajaran berguna untukl kita semua. Sama-sama kita ikuti kisah dibawah ini.

 
 Cerita Nabi NUH ini bermula seekor anjing telah lalu dihadapanya. Rupa anjing itu sangat pelik kerana ia mempunyai mata empat dan sangat hodoh. Dengan rupa yang pelik itu sudah tentulah ia menjadi perhatian ramai termasuk Nabi NUH a.s.Lalu Nabi NUH menyuruh anjing itu berhenti didepanya dengan agak kehairanan dan dia bertanya.

"Wahai anjing, aku lihat muka engkau begitu hodoh, mata engkau empat dan tidak seperti anjing-anjing yang lain, mengapa menjadi begini?"
Lalu anjing itu menjawab" Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Adakak engkau fikir aku mahukan mukaku yang hodoh begini?. Tanyalah pada tuhan yang menjadikan aku dan yang menjadikan engkau" 

Setelah mendengarkan jawapan itu Nabi NUH meraung (menangis) dengan sekuat hati dan dia menangis tanpa henti-henti. Terasa benar kesalahanya mengkritik kejadian Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Dia tidak henti-henti memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t. 

Sejak dari kejadian itu namanya dipanggil NUH (Raungan) dan kekal sehingga Nabi NUH diabadikan didalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh ALLAH s.w.t. 
Daripada cerita diatas kita dapat simpulkan bahawa sedangkan Nabi juga melakukan kesilapan apalagi kita sebagai manusia biasa samada secara terang atau tidak sengaja. Oleh itu apa yang perlu kita lakukan adalah jagalah lisan dan pertuturan kita agar tidak menyakiti orang lain. Pepatah Melayu ada mengatakan "sebab mulut badan binasa". Waspadalah!! Untuk peringatan bersama
 Sesungguhnya Imam Shafie'e pernah berkata " Aku menganggap diam sebagai satu perniagaan, walaupun tidak untung, paling tidak aku tidak merugi"
 Jadi, kalau tidak ada apa-apa untuk diucapkan sesungguhnya diam itu lebih baik. Rasulullah juga pernah bersabda" Sesungguhnya diam itu sebahagian dari Iman"
Semoga bermanfaat
~Chow~




Tuesday, July 6, 2010

"TIME"

Assalamualaikum and Hi to all!!!!!

 After a long time I'm not updating my Blog, today I have the opportunity to write something. This time I try to write about 'TIME'. Mostly, people said "we don't have time". Is it true? try to think that, if we don't have enough time, why God gave 24hours for each of us?.

In my opinion, we do have time and have plenty of time. It depends to us on how we manage our time properly. I'm also sometimes mismanage my time as well. Now I'm understand why Allah said in Al-Quran from surah Al - Asr verse 3:
 
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful By (the Token of) Time (through the ages),  Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.  -  Translation by Abdullah Yusuf Ali -
 
From this verse above I think that we should not say we don't have time to do something or we don't have enough time especially to perform our good deeds (Ibadah). Actually, what ever we do as long as it is for the sake of ALLAH it is Ibadah. The truth is is we fail to organize our time. There is one author from my favorite magazines had classified on how to manage our time properly. He stated that we have to divide our task in 4 categories. 1. Important and Priority 2. Important but not Priority 3. Not Important but Priority 4. Not Important and Not Priority. From this classification we will able to know our time flow. 


There are many activities that we can do to fulfill our time. The most important thing is the way we organize and manage it in order to make sure we are not waste it. One of the activity that we can do is by reading the Quran even though only one short Surah.




Our life full of mistake because we are just the slave even he/she is a very rich person/family. We are encourage to remind each other but not meaning that to under estimate, insult or showing the bad attitude of a person, but to be the best Muslims. What ever it is, use our brain to think and judge what is right and wrong before doing something. ALLAH gave us Brain and Heart to think and feel what is the best for us. 
 ~Chow~ Ma'a Salamah~




Wednesday, June 9, 2010

Test Your Eyes

Assalamualaikum and Hi to all!!!

This time I want you to test your eyes. You just need to find some missing letters in down here. Have fun and good luck guys!!! Good for your brain. Find it in 10 second ok!!

Can you find C?

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

 

Once you have found C, try to find 6

9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999699999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999999


    Find the N

MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMNMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM

Done? Once you've found the N...make a wish! 

~Chow~































Thursday, June 3, 2010

Latih Lidah


Assalamualaikum and Hai semua!!!!!

Kali ni saya nak ajak anda latih lidah anda. Cuba baca perkataan dibawah ni. Bermula dengan perlahan - lahan kemudian semakin laju. Teknik ini mungkin berkesan untuk melatih kepetahan anda bertutur. Saya tidak dapat pastikan kesahihanya, tapi boleh juga cuba hanya untuk suka - suka jer. Selamat mencuba!!

Cerita yg bermula dengan huruf K : KODOK KAWAN KETAM

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam ... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?
" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan
ku?" Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.




Cerita yg bermula dengan huruf C : COPOT CAHABAT CIPUT

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput
cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came
copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...". Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...". Ciput cenyum cambil chow came copot.

Macamana, susah tak? Agak sukar juga kan.Tapi, bahasa dalam cerita agak bercampur. Apa - apa pun semoga gembira..................
~Chow~

Tuesday, June 1, 2010

Jangan Malas Mandi...



Assalamualaikum and hi to all!!!

Kali ni saya nak cerita pasal mandi. Korang semua mesti tau benda ni kan. Saya nk kongsi skit info pasal mandi ni. Apasal kena mandi???

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
 
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.






Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.


Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentus eperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik( sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.I sikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender,p eppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Rupanya banyak gak kelebihan mandi ni, jadi kena la rajin - rajin mandi. Ok.
~Chow~

















Thursday, May 20, 2010

Hijab

Assalamualaikum and Hi to all!!!!

Kali ni saya nk sentuh pasal pemakaian tudung dikalangan wanita Islam hari ini. Alhamdulillah sudah ramai yang terbuka hati untuk memakai tudung pada hari ini. Malahan, berbagai jenis dan bermacam gaya pemakaian tudung sesuai dengan peredaran masa dan keadaan. Tapi, adakah pemakaian tudung itu adalah untuk memenuhi permintaan agama atau sekadar untuk berfesyen semata - mata. Tepuk dada tanyalah iman. Perlu diingat bahawa berfesyen tidak salah asalkan memenuhi syarat dan tuntutan syariat. Itu semua terpulang kepada niat dan hati masing - masing.

Dahulu semasa masih menuntut di sekolah menengah dan IPT saya selalu tertanya - tanya tentang Hadith Nabi yang menyebut tentang pakaian umat akhir zaman. Hadith itu berbunyi:

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis & amp;ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- Hadith riwayat Ahmad, jilid 2, ms. 223.

Persoalanya, bagaimanakah rupa bonggol unta diatas kepala yang disebutkan didalam Hadith diatas. Selepas membaca nota yang ditulis oleh seorang kawan kepada kawan saya tentang perkara ini barulah saya faham dan mengerti rupa - rupanya adalah yang golongan yang menyanggul dan mengikat tinggi rambut mereka tetapi tetap mengenakan hijab (tudung). Mari kita sama - sama lihat gambar - gambar di bawah ini.




Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang berbunyi:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212-





Sekarang ini ramai yang memakai tudung tetapi mengenakan seluar yang ketat. Perlu diketahui bahawa memakai seluar atau jeans tidak salah tetapi jangan terlalu ketat sehingga menampakan susuk tubuh seorang wanita. Saya bukanlah arif tentang berfesyen tetapi melihatkan senario sekarang kita perlu peka dengan perubahan sekitar. Bukan untuk menjaga dalam kain orang lain hanyalah sekadar mengingatkan diri sendiri.



Oleh itu kita perlu berhati - hati dengan apa yang kita lakukan dan yang paling penting sebagai umat Islam kita haruslah mengikut segala panduan yang telah ditetapkan agar kita tidak terikut kepada perkara yang tidak baik. Semoga selamat dunia dan akhirat. Insyaallah, sama - samalah kita mengubah diri kita kearah yang lebih baik.

~chow~

Surat 220





Assalamualaikum and Hi to all!!!!

Kali ni saya nak sentuh pasal surat. Saya percaya ramai dikalangan anda semua pernah dan selalu mengahntar surat walaupun kecanggihan teknologi hari ini membuatkan ramai yang menghantar email atau menggunakan laman web lain seperti "Facebook, Friendster, Yahoo Messenger" dan lain - lain lagi dari menghantar surat secara manual ke pejapat pos. Lagipun fungsi pejabat pos hari ini bukan sahaja untuk menghantar surat tetapi untuk urusan - urusan lain seperti membayar bil telefon, bil elektrik, bil air dan sebagainya.


Pernahkah anda menghantar surat tapi surat itu tidak pernah sampai kepada penerima yang sepatutnya atau tidak sampai langsung? Masalahnya mungkin berpunca dari anda atau kesilapan pihak pejabat pos itu sendiri.

Percayakah anda kalau dikatakan surat yang mengambil masa selama 220 tahun untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya. Bunyinya agak mustahil bukan. Tapi inilah hakikatnya yang berlaku di sebelah barat daya Perancis apabila sepucuk surat mengambil masa selama 220 tahun untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya. Ini adalah kerana alamat pada surat tersebut telah disalah baca oleh pekerja - pekerja pos.

Surat itu mengandungi dua helai kertas yang telah dikirimkan dari Paris ke bandar Seix berdekatan Toulouse di sebelah barat daya Perancis pada tahun 1790. Walau bagaimanapun, malangnya surat tersebut telah sampai ke perkampungan Saix iaitu 241 kilometer daripada lokasi sebenar dan ia kekal disimpan di pejabat pos kampung berkenaan disebabkan oleh alamat gagal ditemui.

Surat itu disimpan di bahagian paling bawah sebuah laci sepanjang era pemerintahan Napoleon Bonaparte, Revolusi Perancis dan pendudukan Nazi menyebabkan surat tersebut terabai selama dua abad. Datuk Bandar Saix, Henri Blane mengambil keputusan untuk menghantar kembali surat tersebut ke lokasi yang sepatutnya.

Blane memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia akan menyerahkan sendiri surat itu pada 5 Jun depan dengan memandu kenderaan selama 2 jam ke Seix. Surat itu telah dibuka dan ia mengandungi nota rasmi daripada pihak berkuasa di Paris yang memberitahu bahawa permintaan untuk menjadikan bandar Seix sebagai pusat perbandaran telah ditolak.

Macam - macam hal yang terjadi. Surat ni boleh juga diletakan di Muzium sebagai kenangan. Perkara ini terjadi disebabkan oleh kecuaian pekerja - pekerja pos yang mengendalikan surat - surat pada masa itu. Harap - harap perkara ini tidak akan terjadi pada masa sekarang. Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi pada hari ini keberangkalian untuk perkara ini terjadi sangat kecil.
~chow~

Wednesday, May 19, 2010

Pertaruhkan Nyawa Untuk Ke Sekolah

Assalamualaikum and Hi to all!!!!!

Pernahkah anda terfikir jika mahu kemana - mana haruslah menggunakan kabel panjang merentangi sungai sepanjang 56 kilometer dan itu juga merupakan satu - satunya pengangkutan yang ada untuk ke bandar. Mustahil kan!!!. Tambahan pula dengan munculnya berbagai teknologi yang amat canggih pada masa sekarang, menggunakan kabel bukanlah satu pilihan yang utama.  


Tetapi, masih ada yang menggunakanya sebagai pengangkutan utama dan itulah satu - satunya cara untuk berhubung dengan dunia luar termasuk untuk ke sekolah. Tapi percayalah, penduduk di salah satu kawasan di Bogota, Columbia hanya menggunakan kabel keluli sepanjang 40 meter untuk berhubung dengan dunia luar.
Setiap hari Daisy Mora 9 (gambar) dan rakan sekampungnya akan menggunakan kabel ini untuk ke sekolah. Mereka perlu menggelungsur kabel keluli sepanjang 40 meter ini yang merentangi sungai Rio Negro sepanjang 56 kilometer untuk ke sekolah. Daisy meletakan adiknya Jamid 5, didalam guni jut untuk dibawa bersama denganya. 

Kabel keluli ini adalah satu - satunya akses ke dunia luar untuk seluruh penduduk di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara Bogota. Mereka akan meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel keluli itu.
Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat telah mengubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Sehingga kini, kabel keluli inilah yang menjadi pengangkutan utama penduduk setempat. 

Petani menggunakanya untuk membawa keluar barangan dan bagi kanak - kanak seperti Daisy dan adiknya itu adalah laluan tunggal untuk ke sekolah. Jamid terlalu muda untuk naik kabel itu dengan sendirinya dan sebab itulah Daisy meletakanya didalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah. 


Rakyat pertama yang menyaksikan sistem tali luar biasa ini merupakan seorang pengembara warga Jerman, Alexander Von Humboldt pada tahun 1804. Pada mulanya tali jut digunakan untuk merentasi lembah itu, tetapi kemudianya kabel keluli dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar. 


Berbagai karenah manusia yang kita dapat lihat semuanya berbeza - beza. Sebab itulah ALLAH ciptakan manusia ni dengan berlainan sifat dan perangai. Kalau semua sama je, tak best jugak. Pada zaman yang canggih sekarang ni pun masih ada yang memilih untuk hidup dengan cara mereka sendiri. Jadi, tidak mengapalah, asalkan bahagia. Lain orang lain caranya. Ok!!


~chow~