Wednesday, July 7, 2010

Rupa Dan Nama

Assalamualaikum w.b.t and Hi to all
Adakah anda pernah mendengar nama NUH. Dikalangan Nabi - nabi pun ada yang bernama NUH. Tapi tahukah anda apakah maksud sebenar perkataan NUH itu? Nabi ALLAH NUH a.s mempunyai nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun ALLAH menyebut sebagai NUH didalam Al-Quran.

Persoalanya, mengapa Nabi ALLAH itu dipanggil NUH? Sebenarnya nama NUH itu membawa maksud "Raungan / Tangisan yang berterusan". Ianya mempunyai yang boleh menjadi pengajaran berguna untukl kita semua. Sama-sama kita ikuti kisah dibawah ini.

 
 Cerita Nabi NUH ini bermula seekor anjing telah lalu dihadapanya. Rupa anjing itu sangat pelik kerana ia mempunyai mata empat dan sangat hodoh. Dengan rupa yang pelik itu sudah tentulah ia menjadi perhatian ramai termasuk Nabi NUH a.s.Lalu Nabi NUH menyuruh anjing itu berhenti didepanya dengan agak kehairanan dan dia bertanya.

"Wahai anjing, aku lihat muka engkau begitu hodoh, mata engkau empat dan tidak seperti anjing-anjing yang lain, mengapa menjadi begini?"
Lalu anjing itu menjawab" Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Adakak engkau fikir aku mahukan mukaku yang hodoh begini?. Tanyalah pada tuhan yang menjadikan aku dan yang menjadikan engkau" 

Setelah mendengarkan jawapan itu Nabi NUH meraung (menangis) dengan sekuat hati dan dia menangis tanpa henti-henti. Terasa benar kesalahanya mengkritik kejadian Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Dia tidak henti-henti memohon keampunan daripada ALLAH s.w.t. 

Sejak dari kejadian itu namanya dipanggil NUH (Raungan) dan kekal sehingga Nabi NUH diabadikan didalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh ALLAH s.w.t. 
Daripada cerita diatas kita dapat simpulkan bahawa sedangkan Nabi juga melakukan kesilapan apalagi kita sebagai manusia biasa samada secara terang atau tidak sengaja. Oleh itu apa yang perlu kita lakukan adalah jagalah lisan dan pertuturan kita agar tidak menyakiti orang lain. Pepatah Melayu ada mengatakan "sebab mulut badan binasa". Waspadalah!! Untuk peringatan bersama
 Sesungguhnya Imam Shafie'e pernah berkata " Aku menganggap diam sebagai satu perniagaan, walaupun tidak untung, paling tidak aku tidak merugi"
 Jadi, kalau tidak ada apa-apa untuk diucapkan sesungguhnya diam itu lebih baik. Rasulullah juga pernah bersabda" Sesungguhnya diam itu sebahagian dari Iman"
Semoga bermanfaat
~Chow~




2 comments:

  1. Salaam ukht..

    Boleh ana tanya dari sumber mana ukht dapat kisah ni? Ana cuma tertanya2 sebab kalau ada sumber yang sahih, then Alhamdulillah. Tapi takut2 ini kisah dari pengaruh Israiliyyat yang tidak benar. dan boleh menjadi satu penghinaan kepada salah seorang kekasih Allah SWT dan semoga kita selalu berhati2 dalam menyampaikan dan dilindungi dari tipu daya iblis.

    Mohon pencerahan dari ukht..

    Jazakillahi khayran..

    ReplyDelete