
Assalamualaikum and Hi to all!!!!
Kali ni saya nak sentuh pasal surat. Saya percaya ramai dikalangan anda semua pernah dan selalu mengahntar surat walaupun kecanggihan teknologi hari ini membuatkan ramai yang menghantar email atau menggunakan laman web lain seperti "Facebook, Friendster, Yahoo Messenger" dan lain - lain lagi dari menghantar surat secara manual ke pejapat pos. Lagipun fungsi pejabat pos hari ini bukan sahaja untuk menghantar surat tetapi untuk urusan - urusan lain seperti membayar bil telefon, bil elektrik, bil air dan sebagainya.

Pernahkah anda menghantar surat tapi surat itu tidak pernah sampai kepada penerima yang sepatutnya atau tidak sampai langsung? Masalahnya mungkin berpunca dari anda atau kesilapan pihak pejabat pos itu sendiri.
Percayakah anda kalau dikatakan surat yang mengambil masa selama 220 tahun untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya. Bunyinya agak mustahil bukan. Tapi inilah hakikatnya yang berlaku di sebelah barat daya Perancis apabila sepucuk surat mengambil masa selama 220 tahun untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya. Ini adalah kerana alamat pada surat tersebut telah disalah baca oleh pekerja - pekerja pos.


Blane memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia akan menyerahkan sendiri surat itu pada 5 Jun depan dengan memandu kenderaan selama 2 jam ke Seix. Surat itu telah dibuka dan ia mengandungi nota rasmi daripada pihak berkuasa di Paris yang memberitahu bahawa permintaan untuk menjadikan bandar Seix sebagai pusat perbandaran telah ditolak.

~chow~

No comments:
Post a Comment