Wednesday, May 19, 2010

Pertaruhkan Nyawa Untuk Ke Sekolah

Assalamualaikum and Hi to all!!!!!

Pernahkah anda terfikir jika mahu kemana - mana haruslah menggunakan kabel panjang merentangi sungai sepanjang 56 kilometer dan itu juga merupakan satu - satunya pengangkutan yang ada untuk ke bandar. Mustahil kan!!!. Tambahan pula dengan munculnya berbagai teknologi yang amat canggih pada masa sekarang, menggunakan kabel bukanlah satu pilihan yang utama.  


Tetapi, masih ada yang menggunakanya sebagai pengangkutan utama dan itulah satu - satunya cara untuk berhubung dengan dunia luar termasuk untuk ke sekolah. Tapi percayalah, penduduk di salah satu kawasan di Bogota, Columbia hanya menggunakan kabel keluli sepanjang 40 meter untuk berhubung dengan dunia luar.
Setiap hari Daisy Mora 9 (gambar) dan rakan sekampungnya akan menggunakan kabel ini untuk ke sekolah. Mereka perlu menggelungsur kabel keluli sepanjang 40 meter ini yang merentangi sungai Rio Negro sepanjang 56 kilometer untuk ke sekolah. Daisy meletakan adiknya Jamid 5, didalam guni jut untuk dibawa bersama denganya. 

Kabel keluli ini adalah satu - satunya akses ke dunia luar untuk seluruh penduduk di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara Bogota. Mereka akan meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel keluli itu.
Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat telah mengubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Sehingga kini, kabel keluli inilah yang menjadi pengangkutan utama penduduk setempat. 

Petani menggunakanya untuk membawa keluar barangan dan bagi kanak - kanak seperti Daisy dan adiknya itu adalah laluan tunggal untuk ke sekolah. Jamid terlalu muda untuk naik kabel itu dengan sendirinya dan sebab itulah Daisy meletakanya didalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah. 


Rakyat pertama yang menyaksikan sistem tali luar biasa ini merupakan seorang pengembara warga Jerman, Alexander Von Humboldt pada tahun 1804. Pada mulanya tali jut digunakan untuk merentasi lembah itu, tetapi kemudianya kabel keluli dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar. 


Berbagai karenah manusia yang kita dapat lihat semuanya berbeza - beza. Sebab itulah ALLAH ciptakan manusia ni dengan berlainan sifat dan perangai. Kalau semua sama je, tak best jugak. Pada zaman yang canggih sekarang ni pun masih ada yang memilih untuk hidup dengan cara mereka sendiri. Jadi, tidak mengapalah, asalkan bahagia. Lain orang lain caranya. Ok!!


~chow~


No comments:

Post a Comment