Assalamualaikum and Hi to all!!!!Kali ni marilah sama-sama kita  renungkan kata-kata dari Saiyidina Ali bin Abi Thalib kr.wjh. Beliau  bukan sahaja Sahabat Rasullah S.A.W tetapi juga sepupu baginda. Marilah  sama-sama kita renungkan kata-kata dan mutiara jernih yang pernah  diucapkan oleh beliau. Semoga bermanfaat. Enjoy guys!!!
"Ilmu itu lebih baik daripada  harta.....Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta..Ilmu itu  penghukum (hakim) dan harta terhukum..........Tapi, harta itu kurang  apabila dibelanjakan,.....tetapi ilmu bertambah bila  dibelanjakan..........""Kecantikan bukan terletak pada  pakaian yang dipakai........tetapi,  ia bergantung kepada keelokan  akhlak dan budi pekerti"
"Jadilah seperti sepohon kayu yang  lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.......Dilempar buahnya dengan batu  tetapi.........tetap dibalas dengan buah"
"Jangan berkawan dengan orang yang  tamak.....kerana pada zahirnya ia ingin membahagiankanmu...tetapi, pada  hakikatnya dia akan mencelakanmu..........Jauhilah berteman dengan  pembohong keran ia boleh menjadikan orang yang dekat lari  daripadamu......... dan sebaliknya.........Janganlah berkawan dengan  orang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat  memerlukanya.........dan, Jauhilah bersahabat dengan orang yang suka  berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang  sangat murah"......
"Hanya lidah yang mahu berdusta dan  berbohong, namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah  kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan  menafikan apa yang diucapkan oleh lidah"..........Semua kata-kata ini amat bermakna dan  begitu  mendalam maksudnya, Jadi, sama-samalah kita hayati dan renungi agar  mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. 
~chow~


No comments:
Post a Comment