Thursday, May 20, 2010

Hijab

Assalamualaikum and Hi to all!!!!

Kali ni saya nk sentuh pasal pemakaian tudung dikalangan wanita Islam hari ini. Alhamdulillah sudah ramai yang terbuka hati untuk memakai tudung pada hari ini. Malahan, berbagai jenis dan bermacam gaya pemakaian tudung sesuai dengan peredaran masa dan keadaan. Tapi, adakah pemakaian tudung itu adalah untuk memenuhi permintaan agama atau sekadar untuk berfesyen semata - mata. Tepuk dada tanyalah iman. Perlu diingat bahawa berfesyen tidak salah asalkan memenuhi syarat dan tuntutan syariat. Itu semua terpulang kepada niat dan hati masing - masing.

Dahulu semasa masih menuntut di sekolah menengah dan IPT saya selalu tertanya - tanya tentang Hadith Nabi yang menyebut tentang pakaian umat akhir zaman. Hadith itu berbunyi:

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis & amp;ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- Hadith riwayat Ahmad, jilid 2, ms. 223.

Persoalanya, bagaimanakah rupa bonggol unta diatas kepala yang disebutkan didalam Hadith diatas. Selepas membaca nota yang ditulis oleh seorang kawan kepada kawan saya tentang perkara ini barulah saya faham dan mengerti rupa - rupanya adalah yang golongan yang menyanggul dan mengikat tinggi rambut mereka tetapi tetap mengenakan hijab (tudung). Mari kita sama - sama lihat gambar - gambar di bawah ini.




Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang berbunyi:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212-





Sekarang ini ramai yang memakai tudung tetapi mengenakan seluar yang ketat. Perlu diketahui bahawa memakai seluar atau jeans tidak salah tetapi jangan terlalu ketat sehingga menampakan susuk tubuh seorang wanita. Saya bukanlah arif tentang berfesyen tetapi melihatkan senario sekarang kita perlu peka dengan perubahan sekitar. Bukan untuk menjaga dalam kain orang lain hanyalah sekadar mengingatkan diri sendiri.



Oleh itu kita perlu berhati - hati dengan apa yang kita lakukan dan yang paling penting sebagai umat Islam kita haruslah mengikut segala panduan yang telah ditetapkan agar kita tidak terikut kepada perkara yang tidak baik. Semoga selamat dunia dan akhirat. Insyaallah, sama - samalah kita mengubah diri kita kearah yang lebih baik.

~chow~

No comments:

Post a Comment