Wednesday, May 19, 2010

Pertaruhkan Nyawa Untuk Ke Sekolah

Assalamualaikum and Hi to all!!!!!

Pernahkah anda terfikir jika mahu kemana - mana haruslah menggunakan kabel panjang merentangi sungai sepanjang 56 kilometer dan itu juga merupakan satu - satunya pengangkutan yang ada untuk ke bandar. Mustahil kan!!!. Tambahan pula dengan munculnya berbagai teknologi yang amat canggih pada masa sekarang, menggunakan kabel bukanlah satu pilihan yang utama.  


Tetapi, masih ada yang menggunakanya sebagai pengangkutan utama dan itulah satu - satunya cara untuk berhubung dengan dunia luar termasuk untuk ke sekolah. Tapi percayalah, penduduk di salah satu kawasan di Bogota, Columbia hanya menggunakan kabel keluli sepanjang 40 meter untuk berhubung dengan dunia luar.
Setiap hari Daisy Mora 9 (gambar) dan rakan sekampungnya akan menggunakan kabel ini untuk ke sekolah. Mereka perlu menggelungsur kabel keluli sepanjang 40 meter ini yang merentangi sungai Rio Negro sepanjang 56 kilometer untuk ke sekolah. Daisy meletakan adiknya Jamid 5, didalam guni jut untuk dibawa bersama denganya. 

Kabel keluli ini adalah satu - satunya akses ke dunia luar untuk seluruh penduduk di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara Bogota. Mereka akan meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel keluli itu.
Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat telah mengubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Sehingga kini, kabel keluli inilah yang menjadi pengangkutan utama penduduk setempat. 

Petani menggunakanya untuk membawa keluar barangan dan bagi kanak - kanak seperti Daisy dan adiknya itu adalah laluan tunggal untuk ke sekolah. Jamid terlalu muda untuk naik kabel itu dengan sendirinya dan sebab itulah Daisy meletakanya didalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah. 


Rakyat pertama yang menyaksikan sistem tali luar biasa ini merupakan seorang pengembara warga Jerman, Alexander Von Humboldt pada tahun 1804. Pada mulanya tali jut digunakan untuk merentasi lembah itu, tetapi kemudianya kabel keluli dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar. 


Berbagai karenah manusia yang kita dapat lihat semuanya berbeza - beza. Sebab itulah ALLAH ciptakan manusia ni dengan berlainan sifat dan perangai. Kalau semua sama je, tak best jugak. Pada zaman yang canggih sekarang ni pun masih ada yang memilih untuk hidup dengan cara mereka sendiri. Jadi, tidak mengapalah, asalkan bahagia. Lain orang lain caranya. Ok!!


~chow~


Badminton VS Rempit

Assalamualaikum and Hi to all!!!!
Baru - baru ni satu Malaysia kecoh pasal "Thomas Cup" yang berlangsung di Kuala Lumpur. Tapi apa yang menyedihkan kita semua adalah kekalahan Malaysia di peringkat separuh akhir di tangan China. Tengok sajalah corak permainana yang ditunjukkanj oleh pasukan China, sangat tangkas dan bergaya. Walau bagaimanapun, skuad Malaysia juga tak kurang hebatnya mungkin nasib tidak menyebelahi kita. Insyaallah, kita akan berjaya merebut kembali Piala Thomas tu di masa akan datang. Jurulatih China berkata pemain Malaysia semuanya tua. dari segi pengalaman sememangnya kita menang tapi dari aspek tenaga sudah tentulah kita tewas. Apa - apa pun Malaysia masih lagi unggul dalam sukan Badminton.


Bercakap tentang sukan ini saya rasa Malaysia memerlukan tenaga muda untuk bersaing dengan pemain - pemain antarabangsa yang lain. Lihat sajalah China, Indonesia dan yang terbaru Korea. Korea berjaya mengalahkan dominasi China dalam Piala Uber. 








 
Malaysia sebenarnya bukanlah ketandusan pemain - pemain muda tetapi, kebanyakan anak muda terutama remaja di Malaysia sekarang lebih menumpukan kepada bidang lain atau lebih senang dengan aktiviti - aktiviti yang tak berfaedah contohnya merempit, melepak dan berbagai aktiviti yang tak berfaedah yang lain. Lihat sajalah aksi sorang mat rempit dalam gambar kat bawah ni.


Apa kata kepada semua mat - mat rempit di luar sana tu dan remaja - remaja yang lain cubalah menceburi sukan badminton sekurang - kurangnya ada juga faedahnya dan masa anda juga terisi. Mungkin anda semua mempunyai bakat terpendam yang boleh menggantikan pemain - pemain sedia ada sekarang. Percayalah, anda boleh lakukanya.


Tentang pencapaian akademik pula, anda boleh seimbangkan antara sukan dan akademik. Kalau yang sudah tamat sekolah dan tidak dapat ke IPT, apa kata cuba melibatkan diri dalam arena sukan badminton. Mungkin anda adalah salah seorang yang akan mengharumkan nama negara kelak. Insyaalla, kalau kita buat sesuatu tu dengan ikhlas kita pasti akan dapat ganjaran yang sendiri pun tidak pernah terfikir.


Pada pendapat saya menceburi bidang sukan ini lebih baik dari melakukan perkara - perkara lain yang tidak berfaedah. Bukan setakat tidak ada faedah langsung malah boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Daripada nyawa itu dipersiakan pada tempat yang tak sepatutnya lebih baik digunaka pada jalan yang betul. Insyaallah, hidup kita akan sentiasa senang. Tepuk dada tanyalah Iman.

~chow~

Mutiara Kata

Assalamualaikum and Hi to all!!!!

Kali ni marilah sama-sama kita renungkan kata-kata dari Saiyidina Ali bin Abi Thalib kr.wjh. Beliau bukan sahaja Sahabat Rasullah S.A.W tetapi juga sepupu baginda. Marilah sama-sama kita renungkan kata-kata dan mutiara jernih yang pernah diucapkan oleh beliau. Semoga bermanfaat. Enjoy guys!!!

"Ilmu itu lebih baik daripada harta.....Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta..Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum..........Tapi, harta itu kurang apabila dibelanjakan,.....tetapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.........."

"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai........tetapi, ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti"

"Jadilah seperti sepohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan.......Dilempar buahnya dengan batu tetapi.........tetap dibalas dengan buah"

"Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdaim diri aku binasa"

"Jangan berkawan dengan orang yang tamak.....kerana pada zahirnya ia ingin membahagiankanmu...tetapi, pada hakikatnya dia akan mencelakanmu..........Jauhilah berteman dengan pembohong keran ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu......... dan sebaliknya.........Janganlah berkawan dengan orang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukanya.........dan, Jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah"......

"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong, namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah"..........


Semua kata-kata ini amat bermakna dan begitu mendalam maksudnya, Jadi, sama-samalah kita hayati dan renungi agar mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

~chow~

Friday, April 30, 2010

Amal Jariah.........


Assalamualaikum and hi to all.............

Hri ni hari Jumaat. Sebagai Tazkirah hr Jumaat ni marilah sama-sama kita renungkan tentang amal Jariah yang berguna untuk kita semua dan bagaimana caranya. Ini adalah sesuatu yang sangat bagus dan baik untuk diamalkan oleh kita semua. Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila seorang anak Adam wafat, maka terputuslah semua amalanya kecuali 3 perkara: (1) Sedekah Jariah  (2) ilmu yang bermanfaat  (3) Doa anak yg soleh". (Hadith Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad). Have fun yaaaa!!!

Bagaimanakah caranya? How to do it? There is English translation attached: 
 
SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!
1.      Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan
       hasanah.
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat
2.      Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, 
       anda dapat hasanah.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat
3.      Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone
4.      Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child
5.      Ajarkan seseorang sebuah do'a.
       Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat
6.      Berbahagi CD Quran atau Do'a
Share a dua or Quran CD
7.     Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta 
Participate in the building of a mosque thru wealth or strength
8.     Letakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place
9.     Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung   
      dibawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat
10.  Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
      dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment





 Semua semoga kita sama-sama mendapat pahala dari ALLAH S.W.T yg maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Insyaallah. Tetapi perlu diingat setiap sedekah adalah mengikut kemampuan kita dan jgn sehingga menyusahkan diri kita sendiri. Sedekahlah seikhlas hati walaupun sedikit tetapi besar ganjaranya daripada ALLAH. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima tetapi tangan yang memberi tidak perlu diketahui oleh tangan yang satu lagi. Bersama-sama lah kita fikir-fikirkan.

Ok~Chow!!


Thursday, April 29, 2010

Larangan Mencaci Org Lain





Assalamualaikum and hi to all.............

Kali ni saya nk kongsi sikit pasal perihal wanita dan lelaki jugak laaa. Ni adalah salah satu pesanan terakhir Rasulullah S.A.W pada kita umatnya. Kita semua dah tau kan Rasulullah S.A.W sangat2 sayangkan umatnya. jadi saya nak kongsi satu cerita ni yg terjadi pada zaman Rasulullah lg. 

Dari Ubaid menjelaskan ada dua orang wanita yang berpuasa. kemudian ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah S.A.W " Ya Rasulullah, ada 2 orang wanita yg berpuasa dan mereka hampir sahaja mati kehausan". Rasulullah S.A.W memalingkan mukanya dari lelaki tersebut. Kemudian lelaki itu berkata lagi" Ya Nabiyullah, sesungguhnya kedua2nya hampir mati"

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: "Suruhlah kedua2nya kemari." Ubaid berkata: Lalu kedua-dua wanita itu datang menemui Rasulullah S.A.W dan seseorang telah membawa sebuah mangkuk besar bersama-sama dengan mereka. Lalu Rasulullah berkata kepada salah seorang wanita itu "Muntahlah!" Wanita itu memuntahkan Nanah, Darah, Daging setengah manguk. Lalu Rasulullah berkata kepada wanita yang satu lagi "Muntahlah"! dan wanita itu memuntahkan benda yg sama seperti wanita yang pertama sehingga penuh mangkuk tersebut.

Lalu Rasulullah berkata yang bermaksud: "kedua-dua wanita itu berpuasa dari apa yg dihalalkan ALLAH kepada mereka, tetapi mereka berbuka dengan barang yang diharamkan ALLAH terhadap mereka. Antaranya adalah mencaci orang lain. Maka mereka memakan daging manusia bersama-sama. 

 
 Apa yang dapat saya katakan disini adalah kata-kata Rasulullah adalah amat ringkas tetapi mengandungi seribu makna yang amat mendalam kepada kita semua. Pengajaran dari cerita ini adalah berhati-hatilah bila berbicara jgn sampai kita mengumpat dan mencaci saudara2 kita. Kalau tidak ada apa2 utk dibicarakan diam itu lebih baik. Seperti kata Imam Shafi'e "Aku menganggap diam sebagai satu perniagaan, walau tidak untung paling tidak aku tidak merugi......             Fikir-fikirkanla.....Untuk renungan bersama

Ok~chow:-D





Tuesday, April 13, 2010

The Most Amazing Camera from Canon

Assalamualaiku and hi to all......... The amazing camera by Canon Powershot S90. Just see how amazing it is from the pictures here. All pictures looks real......it is so nice. I want this camera one day....hope my dream will come true......

3 Amigos

Banded Sea Snake

Bublegum Crisis





Decorator Crab









Jellyfish





Reef Octopus


wow!!!!! so amazing.............

Wednesday, March 10, 2010

Why I'm Not Interested in MLM

Assalamualaikum wbt................

Hi guys......

Actually, the MLM is not Haram, and its ok to run that kind of business. However, from my observation of a few MLM company, there are some part that makes me totally not interested to join. It is because some of the company said that, their business is not MLM. I try to discover this thoroughly with some of my colleges and the result is they are MLM. Base on thier concept and the way they do the business is exactly MLM. However, what makes me so dissapointed is, if we ask them they pretend by saying that they are different and totally not MLM.

From this condition, I can said that there are some element of cheating and what I learn in Fiqh Muamalat class is any business transaction must be clear and no elements of cheating or ambigous term. If there is cheating in business Islam prohibits this kind of business because it will burden the other parties which are customers. It is better to mention it at the first place "this is MLM" rather than hiding it by saying that "we are different and we are not MLM", but the reality is its just the same thing.

The worse thing that I know is, some of the MLM company forcing the customers to buy their product and join them. In business the sellers are prohibited to force the customers to buy the product. Mostly, the customers cannot afford to buy the product which are so expensive even though the product is good and best for their health.

My principle is "target/objective is not makes the business Halal". Its not only in this business but for all aspects of life (e.g: curve the eyebrow) . This is just my humble opinion and ALLAH knows best.

Chow!!