Saturday, January 26, 2013

Assalamualaikum wrt wbh and hi to everybody.

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak 'update' apa-apa pun dalam blog ini. Disebabkan oleh kesibukan bekerja dan ada komitment lain yang perlu dipenuhi.

Tahun baru menjelang lagi. Selamat Tahun Baru 2013 kepada anda semua. Walaupun sudah agak terlambat tetapi saya kira masih lagi sempat untuk mengucapkanya. Semoga tahun baru ini memberikan kegembiraan, kerahmatan, keberkatan dalam hidup dan dimurahkan rezeki. Apa azam anda tahun baru ni? Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar kita menjadi orang lebih baik.


Tahun 2012 telah meninggalkan kita. Banyak peristiwa yang telah kita lalui sepanjang tahun 2012. Ada yang baik, pahit, manis, lucu, sedih dan bermacam-macam perkara yang terjadi. Tapi, apa-apa pun kita tetap bersyukur pada Allah kerana sentiasa bersama kita menghadapi segala dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan kita seharian. Alhamdulillah juga keran DIA masih memanjangkan usia kita hingga ke hari ini.


Bagaimanakah anda menyambut Tahun Baru? Bagaimana, dimana, atau dengan cara apa sekalipun tidak penting. Yang paling utama adalah sambutlah dengan cara baik dan berhikmah. Bukan dengan cara yang tidak elok. Apa pun yang hendak dilakukan, anda haruslah bijak menentukn baik buruknya sesuatu perkara itu.


Saya kira setakat ini sahaja dahulu dapat saya coretkan sebagai permulaan untuk tahun ini. Saya harap saya dapat menulis lagi selepas ini, Insyaallah.

~chow~

Friday, November 4, 2011

  Assalamualaikum and hi to all.
 Sudah terlalu lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana tuntutan kerjaya. Alhamdulillah, sekarang baru ada masa terluang untuk menulis. Kali ini mari kita sama-sama renungkan hadis ini. Jom kita baca!!!  
Ketika berwasiat kepada 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Rasulullah SAW bersabda : "Wahai 'Ali, orang yang riya' itu punya tiga ciri, yaitu :
1. Rajin beribadah ketika dilihat orang,
2. Malas ketika sendirian dan
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.
 

Wahai 'Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo'alah : 
" Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan siksaan bagiku..."(¯`•.¸ღ ღ¸.•´¯)



Sama-sama kita berdoa pada ALLAH agar dijauhkan dari sifat riya' dan takbur. Tidak dinafikan bahawa manusia sangat lemah dan selalu melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan itu boleh dibetulkan dengan belajar dan bermuhasabah. 

Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat. :-D
 










Thursday, January 13, 2011

Di Kejutkan Oleh Syaitan

Assalamualaikm wbt dan salam sejahtera semua. 

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Tambahan pula akhir - akhir ni terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kali ini ada satu cerita yang saya kira amat menarik untuk dikongsi bersama. Semoga berguna untuk kita semua, Insyaallah. 

Peristiwa ini telah dialami oleh Syeikh Abduk Kadir Al - Jailani seorang yang sangat alim. Pada suatu hari beliau tidur akibat  terlalu letih dan penat. Syeikh Abdul Qadir hampir terlewat bangun dan pada masa itu waktu subuh sudah hampir tiba. 

Apabila syaitan melihat keadaan itu syaitan telah menyamar sebagai seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir lalu beliau terbangun dari tidurnya. Pada masa itu waktu subuh baru sahaja masuk dan melalui pandangan mata hatinya Syeikh Abdul Qadir dapat melihat syaitan yang berupa kucing itu.

Beliau bertanya kepada syaitan "Menagapakah kamu mengejutkan aku untuk solat subuh, padahal engkau sangat membenci orang yang solat" Jawab syaitan "Aku bimbang jika engaku terlewat untuk solat subuh" Jawab syaitan. 

Syeikh Abdul Qadir kehairanan dengan jawapan seumpama itu dan beliau bertanya kenapa dan dengan terpaksanya syaitan menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan ALLAH. Dan Syaitan berkata lagi "Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan - amalan lain yang berkali ganda dan lebih serius".

Tambahnya lagi "Kau akan bersedekah, Kau akan membantu orang lain, Kau akan mengajar lebih lama Kau akan membaca Al - Quran untuk menampung kesalahan kamu yang sedikit. Dengan itu nanti, kami semua (syaitan-syaitan) akan lebih susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan lebih sukar. 


 Oleh itu lebih baik kamu Solat Subuh tepat pada waktunya kerana kami tidak akan terpaksa bersusah payah dan menghadapi tugas yang banyak untuk menyekat amalan - amalan baikmu itu nanti". 
Pengajaran dari kisah ini adalah, begitulah perangai syaitan dalam menyesatkan manusia. Mereka sangat kreatif dan innovatif untuk melalaikan manusia. Dia bukan sahaja arif dalam amalan baik dan jahat tetapi sangat arif juga tetang keutamaan amal. 
Oleh itu marilah kita sama - sama memerangi syaitan dan meningkatkan kualiti amal ibadat kita semua. Semoga bermanfaat. 

~ papai ~ :-)


Tuesday, August 10, 2010

Tazkirah Ramadhan


 Assalamualaikum wbt and Hi to all!!!!........
Bulan Ramadhan datnag lagi dan syukur Alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan dengan Ramadhan ini. Bersempena dengan bulan yang penuh keberktan ini marilah kita sama-sama merenungi sedikit perkara yang Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Sebelum itu kita hayati cerita dibawah ini terlebih dahulu.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' 

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." 

 Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam  semua hari .

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

~Chow~




Di Penjara 3 tahun Lebih Lama Kerana Tersilap Taip

Assalamualaikum wbt and hi to all!!!!.........

Seorang banduan warga Thailand terpaksa meringkuk dalam penjara lebih lama dari hukuman yang sepatutnya. Kejadian ini berpunca dari kesilapan seorang jurutaip didalam kertas penghakiman di Jakarta, Indonesia kerana dia ditahan di negara ini.

Kamjai Khong Thavorn 53, mengikut penghakiman, dia sepatutnya dibebaskan pada tahun 2007 selepas menjalani hukuman penjara 20 tahun atas keasalahan Heroin. Tetapi, dia ditahan lebih lama kerana kecuaian seorang kerani yang mencatat tahun penahananya pada tahun 1997 padahal yang sepatutnya adalah pada tahun 1987. Disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan ini dia ditahan melebihi masa yang sepatutnya.

Kamjai menyatakan kesalahan itu ketika dia bertemu Menteri Keadilan yang secara kebetulannya melawat penjara di Jawa Tengah. 


Selepas pihak penjara menyedari kesilapan itu mereka membebaskanya tanpa syarat. Kemudianya dia dibawa ke Kedutaan Thailand di Jakarta. 

Pengajaranya, berhati-hati dan lakukan "double checking" dalam semua pekerjaan kita untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan memberi kesan yang buruk di masa akan datang. Jangan disebabkan oleh satu kesilapan, kita menyesal untuk selama-lamanya. 

~Chow~



































Thursday, July 29, 2010

Remaja Melayu Paling Ramai Tengok Gambar Porno

Apabila menyebut tentang "Cyber Cafe, Internet Cafe" dan macam-macam nama lagi, kita sedia maklum tentang fungsinya kan. Tidak dinafikan semua premis Internat Cafe ni mendapat sambutan hangat terutamanya golongan remaja dan tidak ketinggalan juga adik-adik yang masih bersekolah rendah.

Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan bahawa remaja melayu paling ramai tengok gambar porno di internet. Kajian ini dijalankan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Kajian itu juga membuktikan bahawa remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah bebanding dengan kaum lain. Faktor inilah yang mendorong mereka terlibat dalam kancah maksiat seperti seks bebas dan beberapa gejala sosial yang lain. 

Kajian ini telah dijalankan oleh Institut pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Daripada kajian ini mereka mendapati sebayak 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah ataupun di "Cybercafe".  

Dapatan kajian juga menunjukan 15 peratus remaja Melayu suka melepak, 13.7 peratus merokok, dan 11.5 peratus lagi ponteng sekolah dan memaki hamun. Menurut Pengarah IPSAS dan Ketua Penyelidikan ini menyatakan masalah ini berpunca dari bahan-bahan pornografi terlalu mudah untuk diakses dan dibeli melalui internet. 

Mereka juga menemubual ibu bapa berhubung masalah ini tetapi hasilnya amat mendukacitakan kerana mereka tidak mengakui kesilapan yang dilakukakan anak masing-masing. Tetapi si anak mengakui kesalahan salah laku yang mereka lakukan ketika disoal selidik.   

Jika suatu ketika dahulu remaja kita mendominasi kegiatan ponteng sekolah tetapi sekarang apabila ditemubual oleh para penyelidik mereka mengakui lebih suka malihat pornografi dan mengunjungi
"Cybercafe".

Lihatlah remaja Melayu hari ini, banyak terjebak dalam gejala sosial yang entah bila akan berakhir. Diharapkan kepada pihak berwajib agar menyekat bahan-bahan ini dari terus tersebar. Gunakanlah teknologi hari ini untuk kebaikan bukan keburukan. Gunalah akal fikiran yang telah dianugerahkan sebaik-baiknya. Tepuk dada tanyalah iman. 
~babai~












Wednesday, July 7, 2010

Wasiat Nabi Adam Kepada Puteranya

 Assalamualaikum and Hi to all!!!
Kali ni saya cuba berkongsi sedikit ilmu tentang wasiat Nabi Adam kepada Puteranya. Ada 5 perkara yang telah diwasiatkan oleh Nabi Adam kepada Puteranya dan seterusnya kepada manusia seluruhnya. 

 
1. Katakan kepada putera - puteramu jangan kamu berasa tenang dengan dunia ini, kerana ketika saya berasa tenang denagan syurga ALLAH, maka ALLAH tidak reda mengusir saya daripadanya.  

2. Katakan kepada mereka: jangan menurutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuruti hawa nafsu wanita sehingga makan buah daripada pohon yang dilarang dan kemudian menyesal.

3. Tiap amal yang hendakn dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab seandainya saya memikirkan akibatnya maka saya tidak akan menerima akibat ini (Keluar dari syurga)

4. Jika hati tidak tenang, hindarkanlah perbuatan itu, sebab ketika aku akan memakan buah larangan itu, goncang hatiku, tetapi tidak aku hiraukan, maka aku menyesal. 

5. Bermusyawarahlah (berbincang) dalam semua urusan, sebab seandainya aku bermusyawarah dengan malaikat (pada ketika itu) aku tidak akan terkena akibat ini. 

Daripada wasiat ini, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dengan apa saja yang hendak kita lakukan. Bukan hanya mengikut tanpa ilmu. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja, tetapi haruslah berlandaskan ilmu pengetahuan bukan hanya mengikut kehendak hati semata-mata. Tepuk dada tanyalah iman.
~Chow~